Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Friday 15 June 2012

Kadang-kadang......


Kadang-kadang terasa....
Sangat perlukan Bonda disisi ketika ini.
Kerana dialah pendengar setiaku.
Kadang-kadang ada sesuatu yang hanya pada Bonda, insan yang terbaik untuk diluahkan segala rasa.
Kerana kadang-kadang ada sesuatu yang kita tidak mampu berkongsi dengan insan terdekat kita.
Bonda.........
Walau dia dilanda resah, jarang sekali dia menunjukkan reaksi kepada anaknya..
Tapi aku......... andai aku ada resah gelisah, dia sanggup mendengar segala keluh kesah aku.
Hiba aku rasa bila mana aku belum mampu membalas segala jasanya pada aku.
Hanya Doa mampu aku titipkan semoga dirinya sentiasa berada dalam lindunganNYA YANG MAHA ESA selalu.
Bonda....... 
Walau hatinya sendiri sedang berduka tapi dia mampu menenangkan hati anak-anaknya.
Itulah betapa hebatnya insan bernama seorang Ibu.
Sungguh aku rindu Dia.......... Bondaku.

Nota : Entri puisi ni khas ku cipta buat 'mak' sebab aku rasa rindu kat dia ++ jiwa agak  kurang stabil sikit tapi aku OK je.. hehehe... Nextweek maybe balik kampung. Sukanyee.... :) 

p/s : Terima kasih atas komen-komen kalian semua tentang entri sebelum ni. Lagu dah takde.. Hehhee.. :)


3 Komen Cerita Hati:

Unknown said...

rindu juga..tapi sedekah al-fatihah saja pada arwah..

ayu masih ada mak?..hargailah masa indah bersamanya..

Chic Na said...

nasib baik cik na masih lg stay dgn mak. sabar la ayu. kalo rindu sgt call je, leh gak melepas rindu. :)

Azian Elias said...

salam kenal..


ibu itu sifatnya tegar..
jadi kita sebagai ibu mesti tegar gak. cuma bila ada ibu kita jadi lemah kan. mengharap simpati..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute