Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Thursday 7 June 2012

-Jom makan aiskrim ngan Adam-


Setiap kali pergi kedai.... Kalau bawak budak kecik Adam mesti kena cukai ngan dia. Boleh dikatakan hampir setiap hari dia akan beli aiskrim. Bila waktu petang aku selalu bawak dia ke Taman Mainan. Sebelum balik naik tingkat rumah tu, harus kena pergi kedai dulu lah. Tapi selalu beli aiskrim batang yang seringgit je kat dia. Semalam, aku mintak abah dia belikan aku aiskrim Cornetto.. Entahlah kenapa tekak ni rasa mahu makan macam-macam mengalahkan orang pregnant pulak sedangkan aku belum pun bertambah lagik. Hahaha.. Takde brand Cornetto dapatlah Magnolia jer.. Makan jelah.. Orang dah beli kan takkan nak mengada suruh beli yang tu jugak. Adam dapat satu, Ibu dapat satu dan Abah pun dapat satu.  Adam punyalah seronok dapat makan aiskrim ni, cuma.................
 Nah, satu untuk Adam.
 Macam biasalah, budak kecik ni kalau makan aiskrim kena makan kat beranda. Kejam tak aku? :)
Sebenarnya nak bagitahu yang Adam tak berapa pandai makan aiskrim jenis ni lagi. Cara dia  makan, dia akan makan dan korek isi aiskrim yang dalam tu je. Kalau tak boleh amik dari atas, dia akan gigit bahagian bawah pulak.. Kadang aku pulak yang geli hati tengok cara dia makan aiskrim jenis kon ni. Biskut kon aiskrim tu, dia hanya mampu makan separuh aje dan selalunya tak pernah habis pun. Sebab dia memang tak berapa pandai lagi makan askrim jenis ni dengan cara sebetulnya. Sebab tu comot sangat kalau tengok dia makan. Tapi bila pergi kedai, selalu mintak nak askrim jenis ni. Mengada tau dak Adam ni. Aku memang selalu sengaja tak layan dia.  :)

2 Komen Cerita Hati:

Chic Na said...

jgn kata adam, cik na pun kalo g kedai mmg tak sah la kalo tak beli aiskrim @ coklat. cam habit plak. pantang tgk. sian adam kena mkn kat beranda. huhu.. :)

P#eoniX said...

hahahhah....macam haku mase kecik dulu...kene makan jauh-jauh...takut menjejeh aiskrim kat lantai....aku tersenyum sensorang tengok adam pon kene cam haku...adesss!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute