Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Sunday 10 June 2012

Bila dia dah pandai tegur....


Ibu, kenapa baju ni tak lipat lagi?
Abah, makan mana boleh baring, makan duduklah abah.
Ibu, janganlah marah Adam, kesian Adam kan Ibu.
Ibu, kenapa tak mandi lagi?
Abah, mana boleh cakap macam tu, cakaplah elok-elok. (ini kalau kami bergurau tersebut perkataan yg tak best lah)

Hahaha... Itulah antara contoh cara Adam menegur kami. Memang sekarang ni kami sangat-sangatlah perlu berhati-hati dalam menjaga tutur kata dan tingkah laku bila sudah ada '2nd Tuan Besar' dalam rumah. Dulu kami yang ajar dia supaya makan duduk, tak boleh baring atau berdiri. Sekarang, kalau aku makan keropok sambil baring depan TV pun kena sound ngan dia. Sweet pulak rasa bila anak yang tegur. Hahaha.. Maknanya dia ingatlah apa yang kami selalu pesan dan ajar kat dia tu kan.  Yang letih nya sekarang ni, aku baru je tegur dia bukan marah pun. Dia dah kata, "Ibu janganlah marah, kesian Adam".

Alahai....... pening aku. Tapi kadang tu rasa nak senyum pun ada bila dia kata macam tu. Alahai budak kecik ni, dah pandai menegur pulak kamu yer. Lagi satu kan, dia sudah makin berselera untuk makan. Bangun pagi dah mintak nasi atau biskut. Sebelum tidur malam pulak perut mesti kena kenyang, kalau tak.... memang dia tak lena tidur. Stok biskut atau snek mesti selalu ada, sebabnya nanti dia akan merengek nak itu ini. Oppsss..... Budak ini sudah makin membesar rupanya. :)

4 Komen Cerita Hati:

IntaNBerliaN said...

hihii sweet je... tp betoi la.. ank2 phm bila kita ajar n akn tegur kita kalu kita pulak buat apa yg kita dah gtau dia jgn tu.. :-)

Chic Na said...

budak2 ni cepat belajar & tiru ape yg org dewasa buat kan. mmg kena berhati2 la. bila adam ckp camtu mesti tak jadi nak marah kan? huhu.. :)

AdaM Hawa said...

adam dah makin cerdik la ibu.. sweet adam!

Masya said...

samelah anak sy pun.. kadang naik pening dibuatnya.. kt nak menegur bkn marah dia pun...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute