Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Monday 28 May 2012

-Menjadi surirumah bukanlah tugas yang remeh-


Tertarik nak buat entri begini bila terbaca post dari seorang teman di pesbuk yang berbunyi sedikit keluhan disitu. 

Yup!! Menjadi seorang suri rumahtangga sepenuh masa bukanlah satu tugas yang perlu dipandang mudah oleh mereka yang bergelar suami. Aku turut terasa dengan keluhan dari temanku itu kerana aku kini juga seorang surirumah. Memang jika dilihat dengan mata kasar, menjadi surirumah nampak seperti boleh rehat, boleh lepak tengok TV dan senang kata umpama goyang kaki aje di rumah. Tapi lupakah kita yang Ibu kita dulu bagaimana? Sebelum subuh dah bangun sediakan breakfast untuk kita. Lepas tu basuh kain baju.. Masak pulak untuk lunch.. sudah tu, amik kita kat sekolah.. Masak pulak malamnya untuk dinner.. Melipat kain baju, sediakan keperluan kita untuk esoknya, mengajar kita buat kerja sekolah. Kadang tu terpaksa berperang dengan kenakalan kita dan adik-adik. Penatnya kan?? Nampak macam mudah tapi sebenarnya penat bila perlu buat macam-macam dalam satu hari dan lagi penat melayan emosi dengan pelbagai karenah anak-anak. Jadi mengapa ada yang mengatakan kerja surirumah itu hanya goyang kaki je boleh rehat kat rumah?

Aku pulak, mungkinlah tidak selincah ibuku buat tugasan rumah kerana kadang tertangguh jugak dan anak baru sorang kan. Mujurlah Abah Adam memahami dan tidaklah suka membebel melainkan si kecikku Adam yang suka tegur kenapa ibu tak lipat kain lagi, habuklah sini ibu dan macam-macam lah dia tu. Kadang nak gelak pun ada sebab kalau dia tegur masa Abah dia ada lagilah terkena aku dibuatnya. Kadang tu dia kata dahlah tu ibu main komputer. hahaha. Pandai kamu ye budak Adam tegur ibu suruh buat itu dan ini.. 

Tapi apa yang aku banyak belajar ialah bagaimana nak menahan emosi dan kesabaran dalam mendidik anak yang terkadang meragam itu ini. Aku jugak banyak belajar bagaimana nak menguruskan masa dan masih cuba untuk uruskan ia dengan baik. Kalau mereka yang berkerjaya juga sebenarnya lagi penat bila perlu memberi komitmen sebagai pekerja + surirumah dalam waktu yang sama. Maka, hargailah kami wanita..... tak kiralah mereka yang hanya duk di rumah sahaja atau yang perlu menjadi kedua-duanya sekali. :)

Okaylah.. Meh layan Apam dot-dot dulu. Order dari kawan untuk birthday anak dia semalam. :)


Nota : Harus ikhlaskan hati demi rumahtangga dan orang-orang tersayang. Andai satu hari nanti aku menjadi kedua-duanya sekali, pasti berbeza pulak suasana dan perasaannya. Kerana itu, saling faham dan tolong-menolong sangat perlu dalam rumahtangga ini kan. Aku sangat bangga dengan mereka yang mampu bergelar 'superwomen' yg menjadi dua-duanya sekali dan berangan jugak nak jadi begitu satu hari nanti. :)

5 Komen Cerita Hati:

P#eoniX said...

wah...dah daftar ahli mesyuarat tingkap nampak...hakhakhak...n'way,berkongsi pendapat ngan surirumah lain pon banyak bagik kepuasan dan kelegaan kot...banyak faedahnye...amik yang positif(buleh tambah order apam dot tuh!!!)heheheh....

IntaNBerliaN said...

hahhaha... adam ni... amboii cubit pipi kan baru tau... pandai!!... hihiii

rs mcm sweet je dia ckp suh bhenti main komputer... hahah... phm betoi dia perangai ibu dia yer.. :)

Ayuni said...

hm, sye yg x kawin nie pun jd suri rumah time balik.....sis, nk mintak tlg bleh x? bleh x tlg komen kat http://ladygreen3011-ayuni.blogspot.com/2012/05/jawi-malaysia-heritage-treasure.html tentang kepupusan tulisan jawi, komen hanya untuk pembelajaran, lecturer sye nk tgk pendpt bloggers, thanx...

LYAfrina said...

ermm..btl tu.sbnarnya surirumah bkerja 24 jam... lya sbnarnya tringin nk jd surirmh..nk sediakan smua kperluan suami n anak spnuh masa..tp keadaan ekonomi skarang mmg x m'izinkan

Chic Na said...

betul tu kan. tak semudah yg kita sangka. member cik na ada yg benti keja, br seminggu jd surirumah dah tak tahan & nak keja balik. hehe.. memula semangat je nk jd surirumah.

tp the best part jd surirumah, dpt jaga sendiri anak2 & uruskan keluarga. kan.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute