Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Saturday 5 May 2012

Maafkan ibu...


Tiada kisah lain selain kisah putera kesayanganku.. Sebagai coretan buatnya di masa depan. Tanda yang betapa ibu sayangkan kamu budak Adam.

Setiap detik........
Melihat dia membesar di depan mata adalah satu pengalaman yang sangat berharga buat aku.. Walau terpaksa ku ketepikan seketika impianku. Tapi kerana dia, aku korbankan. Mungkin andai kata aku putuskan untuk kembali berkerjaya suatu hari nanti, pasti akan berbeza rasa suasana itu... tidak sepertimana setiap masa ku ada dekat dengannya seperti sekarang. Kerana itu........ aku sangat menghargai setiap waktu bersamanya. Ibu sayangkan kamu Adam!!!

Gelagatnya, keletahnya dan kenakalannya terkadang menguji kesabaran aku sebagai seorang ibu. Ada masa aku marahkan dia. Ada masa aku hukum dia. Tapi apa yang ku lakukan itu semua kerana ku mahu dia tahu yang aku sayangkan dia. Semoga dia menjadi anak yang baik. Maafkan ibu kerana adakala nya ibu mengasari kamu. Maafkan ibu sayang!!

Tengah seronok adam main susun2 otomen yang dihadiahkan Aki & Ummi. Cantik pulak tengok dia main susun2, terus lah snap pic dia. :)





Sungguh aku harus belajar untuk menjadi lebih sabar. Sungguh dalam membesarkan anak2 sangatlah memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Ini baru sorang kan... kalau ramai lagi lah banyak cabarannya... 

Nota : Tiba2 rasa sedih sebab Adam kena rotan gara2 suka sangat memberontak dengan pukul balik orang bila orang tegur silap dia. Dah seminggu gak lah dia berperangai camtu. Sesekali perlu jugak buat begitu untuk pengajaran yang tingkah dia tu tak elok. Maafkan ibu & abah ye sayang. Harap dia akan faham kenapa dan mengapa harus begitu. Tak pukul kuat pun, kat tapak tangan dia aje. Tapi terasa jugak hatiku ini sedih & bersalah lepas tu..

2 Komen Cerita Hati:

P#eoniX said...

heheheh....untung adam sebab maknye perihatin selalu...moga satu hari adam jadik orang yang berguna....'hatiku sedih&bersalah'agaknya neh lah perasaan mak haku mase pukul sy ngan hanger besi...hukhukhuk....

CtAyue said...

haaa..sampai kena hanger erk..best tu..hehe.. alah dulu mak sis pun cmatu gak..hanger ke tali pinggang ke..semua kena. tapi sebenarnya mereka nak mengajar kan..bila dah jd ibu ayah nt baru lah dpt rasa cmne diorang rasa. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute