Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Wednesday 23 May 2012

Aku nak tapi.........


Ada yang bertanya pada aku, Eh, bila ko nak kerja? Ko belum kerja lagi ke? Tak sayang ke dah study penat-penat tapi tak kerja lagi?

Huh... Kadang penat nak menjawab pertanyaan orang terutama dari makcik-makcik kalau aku balik kampung. Siapa tak rasa rugi kalau dah study tapi masih belum berkerjaya? Siapa yang tak nak tolong mak ayah dia? Tapi aku.... siapa aku nak menolak segala takdir dalam perjalanan hidup aku ni. Mujurlah aku punya ibu yang sangat memahami dan tidak pula pernah sesekali dia memaksa aku dan bertanyakan aku sepertimana orang-orang lain yang suka bertanya itu. 

Kenapa aku memilih untuk jadi surirumah buat sementara waktu ni.. Aku punya alasan tersendiri...Bukan aku tak berusaha. Dah banyak interview dan exam government aku attend tapi dah belum rezeki aku, apa boleh aku buat kan. Mereka tanya aku kenapa tak cari kerja swasta? Kalaulah kat tempat yang aku bermaustautin sementara sekarang gajinya boleh dikatakan berbaloi, mungkin aku dah lama berkerja. Kalau aku nak hidup berasingan berjauhan lagi dengan suami, aku rasa perlukan nekad dan kekuatan yang tinggi andai mahu PJJ (perkahwinan jarak jauh). Pernah aku dengar rintihan teman yang PJJ dengan suami mengeluh bilalah dapat tukar tinggal sebumbung dan bila aku tengok jiran-jiranku yang isteri-isteri mereka jauh, rasa kesian pulak kalau suamiku pun begitu. Sesekali aku terfikir.......... tanpa restu dan kerelaan dia yang bergelar suami, biarlah dahulu aku begini.. Tunggu abah adam posting ke tempat lain, baru lah aku akan mengatur langkah seterusnya. Walau aku tidak berkerjaya sepertimana orang lain dan kawan-kawan seperjuangan aku dulu tapi aku tetap cuba positif. Walau tidak makan gaji tapi aku sedang berusaha untuk mengusahakan sesuatu yang menjadi minat aku. Setakat ini mendapat sambutan juga walau tak lah sehebat mana tapi aku bersyukur dengan apa yang aku ada untuk hari ini. Bila mereka tanya aku lagi, bila mahu kerja? Aku hanya mampu jawab, aku memang sudah berkerja.. sebagai manager di istana singgahsanaku. :)

Aku juga bersyukur kerana masih ada beberapa orang temanku yang selalu memberi aku galakkan dan dorongan. Terkadang terasa jugak cemburu bila tengok mereka semua dah berjaya punya kerjaya yang mantap dan berpangkat. Tapi aku tahu, mungkin DIA punya perancangan yang lebih baik untuk aku di masa depan. Untuk itu, aku akan cuba berusaha dan sentiasa berusaha.. Andai suatu hari nanti ditakdirkan aku punya kerjaya, aku harap aku tidak akan berubah lupa diri atau tinggi diri sepertimana aku menjadi diri aku sekarang.

Nota : Maaf andai ada kata-kata yang tertulis dalam entri ini ada yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak. Apa yang tercatat adalah dari peribadiku sendiri. Tiada kaitan dengan yang lain. :)

5 Komen Cerita Hati:

IntaNBerliaN said...

sy pun xkeje gak.. dulu mintak je keje gomen tp simpanan je dpt... last2 br saya tau, rupa2nya DIA bg sy simpanan sekadar utk sy merasa dinterview.. sbb DIA nak bg saya jd suri rumah.. :-)

apa2 pun, mmg skrg sy rs sgt seronok jd surirumah :-)

Chic Na said...

belum rezeki ayu lg. sabar je k. tp housewife pun keja jgk kan. uruskan family, rumahtangga. cik na pun sbnrnya bercita2 nk jd housewife. hehehe.. :)

kalau nk tau lebih lanjut psl coklat tgk kat page ye.
https://www.facebook.com/cikna.chocolate

fardhila fawwazy blogspot said...

mcm kakak dila..dia pun pjj..tgh berusaha nk posting krja dkt suami..ksian tgk ank2 ngn ayah duk jauh..huhu..xpela..xde rezeki lg tu..insyaAllah esok2 ada..:) jd suri rumah pun best...:)

AdaM Hawa said...

x pe la ayu.. apa yang kita buat tak menyusahkan org dan memberi kebahagiaan pada ayu dan insan2 tersayang dah cukup.. rezeki.. Allah dah aturkan.. InsyaAllah.. ada rezeki nnt dapat ape yg kita hajati.. kan..

P#eoniX said...

x per lah...sementara jadik surirumah,banyak gak bende yang buleh diusahakan...janji boleh datang kan duit...x bekerjaya x semestinya kite x mampu...skurang-kurangnya dapatlah adam perhatian yang lebih berbanding dua-dua skali keje...hehehh..think positif....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute