Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Tuesday 24 April 2012

Kismis


Kismis memang sedap dimakan dan banyak kebaikannya. Sangat bagus kalau galakkan anak amalkan memakan kismis. Alhamdulillah sebab adam suka makannya walau dulu masa mula-mula nak kenalkan dia dengan rasa kismis tu dia agak menolak tapi sekarang dah nampak dia suka. Ada jugak budak yang tak suka makan kismis macam sorang anak sedaraku tu. Susah betul nak makan kismis sedangkan kismis lah bagus dimakan. Tapi adam ni kalau dah makan tak hingat punya lah. Beli sebotol yang banyak dah tu seminggu je dah habis. Takpelah janji dia suka kan cuma tak lah aku terus beli lain kalau dah habis. Kadang delay gak beli. :)

Dalam Tib Al-Nabawi (perubatan Nabi) menyebut hadis yang bermaksud :
''Sebaik-baik makanan ialah Buah Zabib(kismis). Ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan kulit dan mengharumkan bau hidung serta mulut.'' 

Kismis ialah buah anggur yang dikeringkan. Banyak sebenarnya khasiat kismis. Antaranya ialah :
1. menguatkan daya ingatan
2. mengubati penyakit lupa
3. mencerdaskan minda
4. memutuskan balgham
5. membersihkan hati
6. Melindungi hati.
7. Memperbaiki sirkulasi (termasuk bagi kondisi seperti varicose veins, bengkak, lebam (bruise) dan kabur pandangan).
8. Melawaskan pembuangan air besar.
9. Memperbaiki tone dan keanjalan kulit
10. Membantu pelajar meningkatkan memori dan hafalan (tradisi perubatan Islam).
11. Melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi. 
12. mencerahkan mata.


Nota : Jom sama-sama amalkan memakan kismis!!!

1 Komen Cerita Hati:

P#eoniX said...

heheheh...cam muke adam kene pakse makan kismis jerk....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute