Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Monday 2 April 2012

Betapa rasa saling percaya itu penting!!!



Ini bukan cerita untuk menjaja tapi sekadar coretan sebagai ingatan saya di masa depan dan pandangan sahaja.

Pernah tak kalian terbaca atau dengar kisah suami yang menuduh isteri curang wal hal isteri tidak begitu? Pelik tapi kadang itulah yang berlaku kepada sesetengah orang. Kebanyakkannya isteri yang tuduh suami tapi macam mana pulak kalau suami yang menuduh isteri?? Hanya kerana terlalu kuat rasa cemburu.. Maka hilanglah rasa percaya itu kepada pasangan sendiri. Apakah menuduh untuk menutup kesalahan sendiri?? Yup, itu pun saya pernah ada dengar dan terbaca jugak. Tapi kalau menuduh seorang isteri yang baik, berkhidmat semata-mata untuk suami & sentiasa jujur pada suami tapi dituduh demikian. Sangatlah tidak adil. Di mana rasional dan logiknya seorang suami itu. Sudah lupakah dia pada segala pengorbanan isterinya atau dia sudah tidak mengenali siapa sebenar isterinya. Kalau benar ia sahih its OK lah kan dah memang salah tapi kalau sudah memang tidak bersalah, apa ke hal nya pulak kan. Kerana terlalu sayangkah?? Sukar kan kalau berdepan dengan situasi seumpama ini.. Memang benar cemburu yang melampau boleh merosakkan hubungan.

Betapa saya bersyukur dikurniakan suami yang tidak lah terlalu cemburu yang melampau-lampau. Sungguh saya rasa bertuah miliki Dia. Walau kadang ada rasa kekurangan tapi itu yang perlu saya belajar untuk sentiasa menerima Dia seadanya Dia kerana saya juga punya  banyak kekurangan. Semoga kami tetap bersama selamanya..

Inilah yang menyedarkan saya betapa pentingnya saling rasa percaya dan kejujuran. Namun, terlebih percaya pun bahaya jugak kan. Harus simpan sedikit rasa sangsi tapi jangan biar ia mengatasi kotak kewarasan pulak. Betul tak??? Apa korang akan buat kalau dituduh pada satu perkara yg korang tak buat?? Cer bagi pendapat sikit... Hehehe...

p/s : Maaf kalau ada yang terasa dengan entri ni. Tiada kena mengena dengan sesiapa. Sekadar sebuah coretan ilmu buatku yg masih belajar untuk menjadi lebih baik dlm mengharungi kehidupan berumahtangga ini.

4 Komen Cerita Hati:

Unknown said...

Jujur dan saling percaya kunci kebahagiaan. Bagaimana pun sbg manusia tidak terlepas dr melakukan kesilapan. Selesaikan dgn cara baik, siasat dulu, bukan main tuduh. Maafkan pihak yg bersalah sekiranya ternyata dia salah. Itu cara akak dan suami, mungkin org lain tak sama.

rieda_ffya said...

yes..u re right ayue..pegi mane2 pun..letak le trus each other plg atas..selain tu doa dan tawakal perlu iringi hidup kite..

cheqna said...

setuju ngan komen rieda
kadang2 kalau terlalu mengongkong..cemburu susah gok..

Kasih Salina said...

suami isteri semesti saling percaya antara satu sama lain..baru hidup blh tenang & bahagia..apa2 masalah yg datang mesti berbincang baru ada penyelesaian..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute