Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Friday 27 April 2012

Al kisahnya.........


Hahaha.. Tajuk tak boleh bla betul!!

Sekitar kul 8pm semalam, Gas masak kat rumah habis. Time2 abah adam takde jugak nak habis nye yer wahai gas. Adoii.. Tension kejap sebab sambal sotong belum masak sepenuhnya. Selongkar lah stor cari portable gas ada tak lagi ink. Tengok ink gas tu ade lagik.. Pakai lah dulu untuk bagi masak sambal sebab si kecik dah lapar nak makan nasik. Mujur sempat masak. Terima kasih kat portable gas tu walau kamu kecik tapi kamu banyak membantu tika aku kehabisan gas masak.

Abah adam dari jauh mintak tolong dengan kawan dia yang jiran sebelah rumah kami je pun minta tolong belikan gas. Sebab dia takde sini, itu yang kena mintak tolong orang lain. Nasib baik ada yang sudi nak tolong kan. Tapi tong 12kg aje ade kat kedai situ sedangkan yang asal kat rumah ni 14kg. Dia beli jugaklah walau malam-malam dah tu. Takkan nak demand suh cari yang 14kg jugak kan. Itu dah lebih dah. Haha... Dah boleh berasap dah dapur aku pun ok dah kan. Mekaseh kat kawan abah adam merangkap jiran. Heee...
Bukan tak boleh beli sendiri tapi mahu terpatah segala tulang aku ni nak angkat tong ke tingkat dua pulak tu. Apalah sangat kudrat seorang perempuan nih. Mujur ada jiran2 yang baik hati yang suka menolong.

Cuma aku kena gi confirmkan balik lah kat akak kedai tempat beli gas tu sebab seyes tak faham sistem jualbeli gas nih. Bukan ape, kan asal tong kosong aku 14kg, ini jadi 12kg pulak dah kan. Takut karang kemudian hari nak beli yang 14kg tak dapat pulak kan. Rugi lah beb sebab tong asal aku 14kg. Orang meniaga ni kadang ada macam2 ragam jugak kan. Memang awal2 dia kata takpe amik  la dulu yg 12kg, nanti dah habis amik yg 14kg balik bayar harga gas aje. Emm.. Ye erk boleh macam tu?? Sebab inilah first time aku tukar2 kilo gas masak. Sebelum nih kami memang cari 14kg jugak sampai dapat. Itu yang nak kena gi wat confirmation balik tu sebab semalam bukan aku yg pergi kedai. Hehe... Cerewet ke? Ke memang takpe erk.... Takdo pengalaman lah!!!

pssst..... Gas kat tempat aku 12kg=RM25, yang 14kg=RM28. Tempat korang pulak berapa??? :)

0 Komen Cerita Hati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute