Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Monday 5 March 2012

Wang bukan segala-galanya. Boleh pakai lagi ke?






ihsan pokcik google

Kehidupan hari ini sangat perlukan wang. Pergi mana-mana pun perlukan wang. Apa sahaja nak dibuat pun perlukan wang. Bergerak selangkah pun kena ada wang. Semuanya lah perlukan wang. Wang bukan segala-galanya?? Boleh pakai lagi ke statement ni erk? Sedangkan apa saja yang kita nak buat, perlukan $$$$.

Nak pergi toilet pun kena bayar dah kan sekarang. Nak masuk kena bayar dulu 20sen, eh silap dah naik dah jadi 30sen. Dulu, order air kosong kat kedai makan, FOC jer..sekarang kena bayar dah 20sen. Hehe.. 

Dalam kehidupan rumahtangga, kalau takda wang, boleh porak peranda jugak rumahtangga kan. Sebab tu ramai pasangan suami isteri sama-sama berkerja mencari sumber kewangan untuk menjadikan kehidupan rumahtangga mereka lebih selesa dan sempurna. Memang wang bukan segala-galanya, tapi tanpa $$$..... tiadalah segala apa yang kita nak dalam kehidupan ini kan. 

Cuma, kena pandai membahagikan antara kehidupan duniawi dan jugak mencari kehidupan akhirat. Jangan biarkan $$ menguasai diri hingga kita akan lupa diri dan riak dengan kemewahan yang kita dapat. Betul tak?? Saya cuma keliru di sini, sebab ada yang kata, takde wang pun boleh hidup, boleh bahagia. Boleh erk??? Emmm.. tapi, kalau tak cukup wang pun boleh timbul pelbagai masalah jugak kan. Cuma, lebih bahagia jika hidup bersederhana sahaja. Tidak perlu mewah-mewah, cukup segalanya dah membahagiakan. Tiada yang dapat dibeli dengan $ jika hati tidak tenang dan tidak rasa bahagia. Punya wang yang banyak bukan jaminan mendapat kebahagiaan yang hakiki.

Syukur untuk kehidupan saya hari ini. Saya bahagia hidup begini, cukup segalanya. Punya suami yang bertanggungjawab dan punya anak yang semakin pandai. Walau kami hidup sederhana, kami bahagia. Memang wang bukan segalanya. Cuma untuk menjadikan kehidupan lebih sempurna di masa depan untuk anak-anak juga itu perlu. 



p/s : Biarlah tidak kaya harta tapi biarlah kaya budi pekerti. :)



1 Komen Cerita Hati:

rieda_ffya said...

betui kata ayu...dunia hari ni memaksa kite utk bersama suami mencari wang tp utk sebuha kebahgian wang bkn segalanya...msh ade benda x perlu pakai wang...kasih sayang...rase x payah beli....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute