Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Tuesday 20 March 2012

Dah buat salah belasah isteri pulak???



Isteri bukan hamba. Isteri adalah selayaknya wanita yang harus disayangi dan dikasihi. Kenapa ada juga kaum suami yang sanggup bertindak kejam kepada seorang wanita yang bergelar isteri. Terkantoi kerana curang tapi isteri pulak yang dibelasahnya. Macam-macam hal kan. 

PETALING JAYA: Seorang jururawat bernasib malang apabila dia yang ‘menangkap’ suaminya berkhalwat dengan wanita lain di rumah mereka, di sini, bukan saja dibelasah teruk malah turut diceraikan dengan talak satu, kelmarin.
Menurut sumber, mangsa berusia 32 tahun cedera di kepala, mata, telinga dan tangan akibat ditumbuk serta diterajang suaminya yang berang selepas perbuatannya membawa kekasih gelap masuk ke rumah ketika ketiadaan mangsa terbongkar. 
Katanya, perbuatan keji suami mangsa berusia 30 tahun itu terbongkar apabila mangsa yang pulang ke rumah dari tempat kerja tidak dapat membuka pintu kerana dikunci dari dalam, kira-kira jam 11.30 pagi. 
“Mangsa kemudian menghubungi suaminya yang berada dalam rumah memintanya membuka pintu, tetapi lelaki terbabit mengambil masa yang lama untuk berbuat demikian.
“Sebaik pintu dibuka, mangsa bertanya suaminya mengapa lambat membuka pintu sebelum menuju ke bilik air kerana mengesyaki sesuatu kerana curiga dengan kelakuan lelaki terbabit,” katanya. 
sumber : metro


p/s : Sungguh aku bersyukur dikurniakan seorang suami yang penyayang. Semoga kasih sayang nya hanya untuk diriku. Amin. 

3 Komen Cerita Hati:

rieda_ffya said...

kesiannye...mmg x patut lelaki tu..n patut dikenakan hukuman setimpalnyaa

cheqna said...

mitok jauh la
dr blh laki gini

LYAfrina said...

ishh... teruknyer... dunia skarang..mcm2 berlaku...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute