Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Thursday 29 March 2012

Budu oh budu!!!



Budu memang femes kat belah negeri pantai timur nih. Sape tak kenal budu? Sape tak makan budu? 

Apa itu budu?
Budu adalah satu jenis sos makanan yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang diperam hingga hancur.


Sibuk je budak kecik tu nak jd model gak.

Saya kalau makan nasik mesti ade budu. Cicah ngan terung, timun batang.. terus bangkit selera. tengok tu hiris bwg pun jadik.hehe



Terdapat beberapa kahasiat budu :

1) Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.

2) Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab [[diarrhoea|cirit (diarrhoea)], penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

3) Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

4) Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.

5) Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E danK).

6) Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1(thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin).

7) Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin – yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

p/s : Mari try makan budu..sedap.. :)

4 Komen Cerita Hati:

cheqna said...

sedap tu..makn plop nasi panas2 tobak sedap =)

Saya Disini said...

budu..sy mkn je sikit2..tp xberapa suke

Unknown said...

byk gak baik budu ni..selama ni makan jer..heheheh

AdaM Hawa said...

wah! sedap!! makan nasi kerabu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute