Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Monday 6 February 2012

Semoga Dia Jadi Terbaik....



Anak adalah anugerah yg sangat berharga.. yang tak dapat digambarkan bagaimana gembiranya apabila dikurniakan anak Dari-NYA YANG MAHA ESA. Anak adalah tanggungjawab setiap ibu bapa, untuk mencorakkan kehidupannya kelak menjadi insan yang berguna pada agama, bangsa dan negara. Setiap ibu bapa pasti inginkan setiap anak nya menjadi yang terbaik. Sepertimana aku juga yang mengharapkan segala yang terbaik untuk anak ku. 

Bertuahnya kita yang dikurniakan anak.. berbanding mereka-mereka yang sangat mengharapkan kehadiran anak dalam umah tangga mereka... Saya juga punya teman yg sudah lama berkahwin tapi masih belum dikurniakan anak.. Nampak jugak raut kesedihan di wajahnya, namun kita hanya mampu merancang dan yang menentukan DIA YANG MAHA KUASA. Tetapi saya hairan kenapa lah ada orang yang terlalu kepoh bertanya bila nak ada anak? bila dah dpt anak sorang, bertanya lagi.. bila nak tambah anak? bila dah bertambah2 anak.. bertanya lagi sambil bergosip.. huh, ramai nya anak dia?? emmm.. apakah ini semua? adat manusia suka menjaga tepi kain orang kan.. Tidak sedar kah dia yg segala pertanyaan nya itu mungkin akan mengguris hati orang yang dia tanya tu.. alahai..... Tapi lagi sedih, orang-orang diberi peluang untuk punya anak tapi buang anak.. sedih tengok kes2 buang bayi especially di kalangan remaja bermasalahan.. Emm... sedih kan. Sama-sama kita berdoa moga orang2 begini insaf dan masalah seperti itu tiada lagi...

Seorang ibu sanggup bersusah demi anak..sentiasa ingat anak walau anaknya sudah berkahwin. Ibu saya selalu ambil berat kat saya walau saya nie dah kahwin.. hehe.. Thanks to my mum yang sentiasa sayangkan saya.. Love you too mum. Sy jugak amat mengharap semoga anak sy menjadi yang terbaik di masa depan nya. Menjadi anak yang taat dan soleh serta berjaya dunia dan akhirat... Amin..



Bila dia dah suka menulis, melukis dan suka buku.. Alhamdulillah.. Semoga dia sentiasa minat begini. 






Buah hati penyeri hidup kami. Muhd Adam Akmal B. Mohd Azrul.


Coretan Rajin

0 Komen Cerita Hati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute