Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Friday 24 February 2012

Sebenarnya saya stress...



Stress?? Semua orang ada stress. Macam2 tekanan dalam hidup ni. Yang membeza kannya, bentuk tekanan tu dan bagaimana seseorang itu nak hadapi situasi tu. Seriously, saya kadang-kadang tak pandai nak handle stress. Kadang mula lah nak marah-marah, jadi pening sampai terbaring-baring. Yang bestnye, kebelakangan ni, kalau time tension, adalah mangsa yg akan jadi tempat melepas rasa tension saya. Risau sebenarnya sebab kadang tu si anak jadi mangsa. Dulu mok yang selalu kena. Apa mok tanya saya wat tak layan jer. Tak patut betul.. Rindu mok. Huhuk. Tapi sekarang bila jauh ngan mok dan bersuami, ada anak, mok jugak jadi tempat luah segala rasa. Tapi anak lah selalu kena marah bila emosiku tak stabil. Tak patut kan saya tunjuk contoh yang tak baik pada anak. Menyesal kadang tu. Tapi kita ni hanya manusia biasa. kadang susah nak kawal emosi.. 

Apa itu tekanan? Tekanan ialah bila anda terpaksa bertindak balas terhadap perkara yg dipertanggungjawabkan terhadap anda. Bagaimana nak handle??

1) Bersikap realistik terhadap keupayaan dan apa yg boleh anda lakukan.
2) Kenali diri dan bersedia ubah sikap.
3) Beri tumpuan kepada penyelesain masalah.
4) Atur masa dan tentukan keutamaan anda.
5) Makan makanan sihat dan lakukan senaman.
6) pelihara hubungan baik dengan orang sekeliling.
7) Jadilah orang yg suka berjenaka dan cari sesuatu yg dapat mencuit hati.
- dari buku Smartstart-

Tapi kan ubat yang paling mujarab adalah mengadu pada-NYA YANG MAHA ESA.
 Kan...


p/s : Masih belajar dan kan cuba utk lebih baik dlm hadapi stress.

1 Komen Cerita Hati:

cheqna said...

ayu
stress itu ada positif dalam negatif...
kena pandai urus emosi..kalau emosi yag kuasai kita habis r...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute